
Lihat memori dalam Foto pada Mac
Ciri Memori dalam Foto mencipta koleksi diperibadikan foto dan video yang disetkan ke muzik yang anda boleh tonton seperti filem. Setiap memori menampilkan orang, tempat atau peristiwa penting daripada Pustaka Foto anda. Anda juga boleh mencipta memori anda sendiri dan berkongsinya dengan rakan dan keluarga anda.

Mainkan memori
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi, kemudian skrol untuk melihat memori.
Dwiklik memori.
Semasa memori dimainkan, lakukan mana-mana daripada berikut:
Mulakan atau berhenti memainkan memori: Klik butang Main
atau tekan bar Space.
Skrol ke foto individu dalam memori: Tekan kekunci Anak Panah Kanan atau Anak Panah Kiri, atau leret ke kiri atau ke kanan pada trackpad. Anda juga boleh meleret jalur filem untuk menskrol dengan cepat ke hadapan atau ke belakang.
Paparkan foto memori dalam grid: Klik butang Paparan Grid
. Dengan grid dipaparkan, anda boleh memilih foto dan berkongsinya, menambahnya ke album lain dan memadamkannya. Dwiklik foto untuk memulakan memori yang dimainkan pada foto itu.
Berhenti memainkan memori dan keluar daripada memori: Klik anak panah kiri
dalam bar alat.
Cipta memori
Anda boleh mencipta memori anda sendiri daripada album.
Dalam app Foto
pada Mac anda, pilih album dalam bar sisi, kemudian klik Mainkan Video Memori.
Untuk menambah memori baharu ke Memori, klik butang Kegemaran
dalam bar alat.
Memori baharu ini kelihatan antara memori kegemaran anda dalam Memori. Jika anda mahu memori kelihatan dengan memori lain anda, klik butang Kegemaran
lagi untuk mengeluarkan memori sebagai kegemaran.
Kongsi memori
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi, kemudian skrol ke memori yang anda mahu kongsi.
Dwiklik memori.
Untuk berhenti memainkan memori, tekan bar Space.
Klik butang Kongsi
dalam bar alat.
Pilih cara anda mahu berkongsi memori.
Lihat Gunakan Mesej dan Mail untuk berkongsi foto dan Gunakan AirDrop untuk berkongsi foto.
Kongsi foto daripada memori
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi, kemudian skrol ke memori yang mengandungi foto yang anda mahu kongsi.
Dwiklik memori.
Untuk berhenti memainkan memori, tekan bar Space.
Klik butang Paparan Grid
, pilih foto yang anda mahu kongsi, kemudian klik butang Kongsi
dalam bar alat.
Pilih cara anda mahu berkongsi foto.
Lihat Gunakan Mesej dan Mail untuk berkongsi foto dan Gunakan AirDrop untuk berkongsi foto.
Tambah memori sebagai kegemaran
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi, kemudian skrol ke memori yang anda mahu jadikan kegemaran.
Klik butang Kegemaran
pada memori.
Anda juga boleh mengklik butang Kegemaran
sementara melihat memori.
Untuk melihat memori kegemaran anda, klik Memori Kegemaran dalam bar alat.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menunjukkan kandungan dan peristiwa cuti ditampilkan dalam memori serta mengaktifkan atau menyahaktifkan pemberitahuan memori, lihat seting Foto.