
Cari foto mengikut teks, kandungan, atau tarikh dalam Foto pada Mac
Anda boleh mencari foto dengan cepat dengan mencari teks dikaitkan, seperti tajuk atau kapsyen, kata kekunci atau tarikh foto. Anda juga boleh mencari teks dalam foto untuk mencari resit, dokumen dan banyak lagi dengan cepat.
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik medan carian dalam bar alat.
Petua: Tekan Command-F untuk mengaktifkan medan carian dengan cepat.
Taipkan teks carian dalam medan carian.
Semasa anda taip, cadangan carian muncul di bawah medan carian. Anda boleh menaip berbilang perkataan dipisahkan dengan ruang untuk mencari berdasarkan berbilang kriteria. Sebagai contoh, anda boleh mencari menggunakan lokasi dan bulan untuk melihat foto daripada masa dan tempat khusus.
Klik item dalam cadangan carian untuk melihat foto berpadanan.
Untuk memaparkan semua foto anda lagi selepas mencari, klik butang Batal
dalam medan carian.