
Bermula dengan Keynote pada Mac
Keynote menjadikannya mudah untuk mencipta pembentangan yang cantik dan menawan dengan animasi menyeronokkan, transisi menarik dan kemasan profesional.

Bermula dengan tema
Mencipta tayangan slaid? Mulakan dengan tema, kemudian ubah suainya mengikut keinginan anda. Tema disertakan tataletak slaid diprareka bentuk yang mempunyai ruang letak untuk kandungan anda sendiri. Pergi ke app Keynote pada Mac anda, pilih Fail > Baharu, klik tema yang anda mahu dalam pemilih tema, kemudian klik Cipta.


Hidupkan pembentangan anda dengan animasi
Animasi membantu tayangan slaid anda kelihatan lebih dinamik dengan menggerakkan objek ke dalam, keluar atau di sekeliling slaid. Klik objek yang anda mahu animasikan, klik tab Bina Masuk, Tindakan atau Bina Keluar dalam bar sisi Animasi , klik Tambah Kesan, kemudian pilih animasi.

Gunakan transisi slaid
Transisi memberikan tayangan slaid anda penampilan lebih lancar semasa anda beralih dari satu slaid ke slaid seterusnya semasa pembentangan. Untuk menambah transisi, klik slaid dalam penavigasi slaid, klik Tambah Kesan dalam bar sisi Animasi , kemudian pilih kesan transisi.

Eksport pembentangan anda
Anda boleh menyimpan salinan pembentangan anda sebagai fail Keynote atau dalam format lain seperti PDF, PowerPoint, filem dan banyak lagi. Klik dalam bar alat, klik Eksport dan Hantar, kemudian klik format yang anda mahu gunakan.

Mainkan pembentangan anda
Untuk berlatih pembentangan anda, pilih Main > Berlatih Tayangan Slaid. Apabila anda bersedia untuk menyampaikan pembentangan anda kepada khalayak, klik slaid yang anda mahu mulakan dalam penavigasi slaid, kemudian klik dalam bar alat. Tekan kekunci Anak Panah Kanan atau bar Space untuk maju melalui tayangan slaid atau kekunci Anak Panah Kiri untuk kembali slaid sebelumnya.
Ingin mengetahui lebih lanjut?