
Daftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dalam Buku pada Mac
Daftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio menggunakan Apple ID anda untuk membeli buku dan buku audio, memuat turun item yang anda beli pada peranti lain dan memuat turun kemas kini buku dan buku audio.
Mendaftar masuk ke kedai memberikan anda akses kepada kedua-duanya.

Dalam app Buku
pada Mac anda, pilih Kedai > Daftar Masuk.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID, klik Cipta Apple ID dalam dialog untuk bermula.
Masukkan maklumat Apple ID anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Untuk melihat buku dan buku audio yang anda beli pada peranti lain anda, daftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti. Anda mungkin perlu membenarkan komputer anda.
Petua: Untuk menyemak Apple ID yang anda gunakan, atau untuk melihat seting akaun anda, pilih Kedai > Lihat Apple ID Saya.
Untuk mendaftar keluar daripada Kedai Buku dan Kedai Buku Audio, pilih Kedai > Daftar Keluar.