

Semua TV anda, semua dalam satu app
App Apple TV ialah rumah untuk semua yang anda mahu tonton dan satu-satunya tempat untuk mencari filem dan rancangan TV asal daripada Apple TV+. Anda akan menemui rancangan terbaik daripada yang ditayangkan, diperibadikan dan dipilih dengan teliti hanya untuk anda, semuanya di satu tempat.

Daftar masuk untuk mula menonton sekarang
Gunakan Apple ID anda untuk mendaftar masuk. Anda boleh membeli atau menyewa filem dan mengakses pembelian atau sewaan sebelum ini. Anda juga boleh melanggan Apple TV+, Paramount+, SHOWTIME, STARZ dan banyak lagi.

Perkongsian keluarga menjadi mudah
Kini anda boleh mencari dan memainkan pembelian keluarga dikongsi dalam pustaka app Apple TV anda.

Tonton bersama
Dengan SharePlay, anda boleh menonton filem atau rancangan dengan sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja.
Untuk meneroka Panduan Pengguna App Apple TV, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.